Tuesday, January 19, 2010

Masakan Hutan

“Masakan Hutan” merupakan salah satu tajuk daripada sukatan pengakap pada peringkat tiga. Oleh itu, En. Azmi Bin Ayub dan Dr. Kharuddin telah mengajar kami tentang cara-cara memasak “Masakan Hutan” di bawah bantuan En. Fazrul Bin Sulaiman dari Kuala Pilah.
“Masakan Hutan” yang diajar pada kali ini adalah Masak Telur Dalam Limau, Masak Telur Dengan Salutan Tanah Liat Basah, Masak Nasi Dalam Kelapa, Masak Nasi Dalam Buluh dan Roti Lilit.
Apakah “Masakan Hutan”? Sebelum diajar pensyarah-pensyarah pengakap, kami tidak pernah mendengar nama ini, jangan kata akan cara-cara memasaknya. Nasib baik, kami datang ke IPRM dan bertuah menyertai Gerko Pengakap, maka berpeluanglah kami belajar tentang cara-cara memasak “Masakan Hutan”.
“Masakan Hutan” adalah makanan yang dimasak oleh pengakap semasa dalam hutan. Oleh kerana, bahan-bahan dan peralatan yang digunakan adalah terhad, maka perlulah pengakap belajari tentang cara-cara memasak “Masakan Hutan” supaya tidak akan berlaku masalah kelaparan semasa kempen di hutan atau sesak di hutan semasa aktiviti pengakap dijalankan.
Berikut adalah cara-cara masakan hutan yang kami belajar:


Masak Telur Dalam Limau


Ramuan :
· 1 biji telur
· 1 biji limau

Langkah-langkah :
1. Sediakan sebiji telur dan limau
2. Membuat satu lubang kecil pada permukaan limau
3. Mengeluarkan isi limau dengan cermat supaya kulit limau tidak terkopek
4. Telur dituangkan ke dalam mangkuk lalu dikacau
5. Masukkan telur yang dikacau ke dalam limau yang telah dibuang isi
6. Letakkan limau tersebut ke dalam api untuk dibakar
7. Bakar sehingga kulit limau menjadi warna coklatMasaklah telur dalam limau

Masakan Telur Dengan Salutan Tanah Liat



Ramuan :
· 1 biji telur
· tanah liat
· air

Langkah-langkah :
1. Sediakan sebiji telur dan sedikit tanah liat
2. Campurkan tanah liat dengan sedikit air untuk meliatkannya
3. Salutkan telur yang disediakan dengan tanah liat yang basah
4. Letakkan telur yang salut dengan tanah liat ke dalam api untuk dibakar
5. Bakar sehingga tanah liat basah itu keringTelur yang salut dengan tanah liat pun masak


Masak Nasi Dalam Kelapa




Ramuan :
· 1 biji buah kelapa
· beras
· air kelapa

Langkah-langkah :
1. Sediakan sebiji buah kelapa dan sedikit beras
2. Kopekkan kulit buah kelapa sehingga bersih
3. Membuat satu lubang pada permukaan buah kelapa
4. Tuangkan air kelapa ke dalam mangkuk
5. Cucikan beras yang disediakan
6. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam mangkuk yang berisi air kelapa
7. Masukkan air kelapa bersama beras ke dalam buah kelapa melalui lubang kecil yang dibuat
tadi
8. Letakkan buah kelapa tersebut ke dalam api untuk dibakar
9. Bakarkan buah kelapa itu sehingga berwarna hitam 10. Masak lah nasi dalam buah kelapa

Masak Nasi Dalam Buluh



Ramuan :
· seruas buluh
· beras
· air
· daun pisang

Langkah-langkah :
1. Sediakan seruas buluh dan sedikit beras
2. Cucikan buluh dan daun pisang yang disediakan dengan bersih
3. Masukkan daun pisang ke dalam buluh mengikut bulatan buluh
4. Cucikan beras yang disediakan
5. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam buluh dan jangan terlalu penuh
6. Masukkan air yang cukup ke dalam buluh yang berisi beras
7. Bina satu alat penyokong dengan ranting kayu
8. Letakkan buluh tersebut pada alat penyokong itu untuk dibakar
9. Bakar dengan api yang sederhana besar dan dibalik-balikkan agar masaknya sama rata
10. Bakarkan buluh itu sehingga nasi dalam buluh itu masak


Roti Lilit


Ramuan:
· tepung gandum
· air
· gula
· buluh yang dibelah

Langkah-langkah :
1. Campurkan sedikit air dan gula ke dalam tepung
2. Ulikan tepung sehingga sebati
3. Tepung dibiarkan kering
4. Lilitkan tepung pada buluh yang telah
5. Pastikan tepung tersebut lilit dengan kemas
6. Panggangkan tepung yang siap dililit dengan bahang dan haba supaya roti tidak
hangusBakarkan roti lilit itu sehingga berwarna sedikit coklat

1 comment: