Friday, February 5, 2010

SIMPULAN DAN IKATAN

SIMPULAN DAN IKATAN
•Simpulan dan ikatan telah di gunakan sejak berabad-abad lamanya.
•Sukar di kesan, siapakah yang mula-mula menggunakan simpulan dan ikatan ini.
•Di percayai penduduk mesir menggunakan tali lebih kurang 5000 tahun yang lepas.


Definisi Simpulan dan Ikatan
•Di anggarkan teradapat lebih kurang 3000 jenis ikatan. Tali digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar.
•Terdapat empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan
–Simpulan (knotting)
–Ikatan (lashing)
–Sambat (splicing)
–Mematikan hujung tali ( whipping)

Simpulan
•Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya.
•Di gunakan pada benda-benda kecil dan sederhana
•Contoh simpulan
–Buku sila
–Tindih kasih
–Simpul himpit
–Lilit dua simpul

Ikatan
•Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya
•Contoh ikatan
–Ikat seraya
–Ikat serong
–Ikat silang gunting
–Lilit balak

Mematikan hujung tali
•Seseorang pengakap tidak menggunakan tali sebelum tali itu di matikan.
•Ia bertujuan supaya tali tidak terburai di hujungnya
•Contoh
–Lilit pemati biasa
–Lilit pemati selit.
–Sambat balik


Sambat
•Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan.
•Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasa digunakan.
•Contoh sambat
–Sambat balik
–Sambat pendek
–Sambat mata

Laung Agung

ISTIADAT LAUNG AGUNG
Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK。
ISTIADAT LAUNG AGUNG Akela berteriak 'Pek' semua Pengakap Kanak-kanak berdiri diam dalam keadaan sedia.
Akela berteriak 'Pek!', 'Pek!','Pek!'.
PKK akan menyahut panggilan Akela 'Pek!!!!!!!!!!!' sambil berlari mengelilingi Akela.
Akela mendepakan tangan untuk menandakan arahan kepada PKK membuat bulatan besar. PKK lantas memegang tangan membuat bulatan besar. Bila bulatan telah tersedia, PKK menjatuhkan tangan.
Akela mendepakan tangan sekali lagi, PKK mengangkat tumit, Akela rapatkan tangan ke peha, PKK mencangkung dengan kedua-dua belah tangan mencecah ke tanah, kepala diangkat dan terus berteriak 'Akela, Kami Buat Habis Baik'
Sebaik sahaja perkatan Baik dilaungkan, PKK lantas bangun tegak dalam keadaan sedia.
Petugas mencabar dengan hormat kepada Akela. Petugas berteriak dengan intonasi mencabar.
‘Kamu Buat Habis Baik?'
PKK berdiri hormat pada akela dan terus menjawab: ‘Kami Buat Habis Baik.'
Akela membalas hormat, PKK tidak menjatuhkan tangan mereka sehingga Akela selesai membalas hormat.
Ketua sekawan membuat laporan kepada Akela.
Istiadat diteruskan dengan : o Bacaan doa / Bertakafuro Persetiaan Pengakap o Istiadat mengibarkan bendera o Ucapan dan arahan untuk meneruskan aktiviti.PKK keluar baris dan bergerak kepada Sekawan untuk meneruskan aktiviti.

Wednesday, January 20, 2010

Permainan Pengakap Kanak-kanak

Permaian Pengakap Kanak-kanak

1) Meraba dengan kaki
- membahagikan peserta kepada 2 kumpulan.
- semua peserta menutup mata dan tidak memakai kasut.
- ketua malam budaya akan menabur guli,biji kacang atau benda-benda
kecil di atas lantai.
- peserta hendaklah memungut seberapa benda dengan kaki dan
dikumpulkan dalam plastik yang diikat di pinggang.
- masa akan diberi selama 5 minit.
- kumpulan yang paling banyak mengumpul benda dikira menang.


2) Deria rasa
- peserta diberi peluang untuk merasa dengan tangan lapan atau
sepuluh bahan.
- peserta diminta menyenaraikan bahan-bahan mengikuti masa yang
ditetapkan.
- peserta yang menyenaraikan banyak bahan yang betul dikira menang.



3) Deria pandang
- letakkan kira-kira 20-30 barang kecil dalam sebuah bekas.
- peserta diberi 1 atau 2 minit untuk melihat.
- apabila cukup masa,mata ditutup.
- peserta dikehendaki menyenaraikan kembali barang yang dilihat.


4) Deria Pendengaran
- seorang peserta membuat satu cerita ringkas dan memberitahu kepada peserta lain
-kemudian peserta kedua perlu ingat dan memyampaikan cerita itu kepada peserta ketiga
-cerita akhirnya di sampai ke peserta yang terakhir.
-peserta terakhir perlu ceritakan apa yang disampaikan.
-peserta terakhir kumpulan mana yang dapat mengulangi cerita itu paling tepat dikira pemenang.














5) Ibu Ayam
- seorang peserta menjadi helang dan peserta lain menjadi ibu ayam.
- peserta dibahagi kepada kumpulan.Setiap kumpulan memilih nama
seekor burung.
- ibu ayam akan melaung nama sesuatu kumpulan bergilir-gilir apabila
anak burung berlari ke arah ibu ayam.
- helang cuba menangkapnya.
- ulangi gelak kerja dengan mereka helang baru.
- ibu ayam berdiri di tengah bulatan.



6) Lembu kena kepung
- ahli kumpulan memegang tangan dan membuat bulatan.
- seorang peserta menjadi lembu dan berdiri di tengah bulatan.
- lembu cuba berlari keluar dari bulatan dengan menggunakan
sebarang cara dan peserta yang membuat bulatan cuba menahan
lembu keluar dari bulatan.
- jika lembu dapat keluar dari kepung,tukar dengan paserta lain
sebagai lembu.





Tuesday, January 19, 2010

Masakan Hutan

“Masakan Hutan” merupakan salah satu tajuk daripada sukatan pengakap pada peringkat tiga. Oleh itu, En. Azmi Bin Ayub dan Dr. Kharuddin telah mengajar kami tentang cara-cara memasak “Masakan Hutan” di bawah bantuan En. Fazrul Bin Sulaiman dari Kuala Pilah.
“Masakan Hutan” yang diajar pada kali ini adalah Masak Telur Dalam Limau, Masak Telur Dengan Salutan Tanah Liat Basah, Masak Nasi Dalam Kelapa, Masak Nasi Dalam Buluh dan Roti Lilit.
Apakah “Masakan Hutan”? Sebelum diajar pensyarah-pensyarah pengakap, kami tidak pernah mendengar nama ini, jangan kata akan cara-cara memasaknya. Nasib baik, kami datang ke IPRM dan bertuah menyertai Gerko Pengakap, maka berpeluanglah kami belajar tentang cara-cara memasak “Masakan Hutan”.
“Masakan Hutan” adalah makanan yang dimasak oleh pengakap semasa dalam hutan. Oleh kerana, bahan-bahan dan peralatan yang digunakan adalah terhad, maka perlulah pengakap belajari tentang cara-cara memasak “Masakan Hutan” supaya tidak akan berlaku masalah kelaparan semasa kempen di hutan atau sesak di hutan semasa aktiviti pengakap dijalankan.
Berikut adalah cara-cara masakan hutan yang kami belajar:


Masak Telur Dalam Limau


Ramuan :
· 1 biji telur
· 1 biji limau

Langkah-langkah :
1. Sediakan sebiji telur dan limau
2. Membuat satu lubang kecil pada permukaan limau
3. Mengeluarkan isi limau dengan cermat supaya kulit limau tidak terkopek
4. Telur dituangkan ke dalam mangkuk lalu dikacau
5. Masukkan telur yang dikacau ke dalam limau yang telah dibuang isi
6. Letakkan limau tersebut ke dalam api untuk dibakar
7. Bakar sehingga kulit limau menjadi warna coklatMasaklah telur dalam limau

Masakan Telur Dengan Salutan Tanah Liat



Ramuan :
· 1 biji telur
· tanah liat
· air

Langkah-langkah :
1. Sediakan sebiji telur dan sedikit tanah liat
2. Campurkan tanah liat dengan sedikit air untuk meliatkannya
3. Salutkan telur yang disediakan dengan tanah liat yang basah
4. Letakkan telur yang salut dengan tanah liat ke dalam api untuk dibakar
5. Bakar sehingga tanah liat basah itu keringTelur yang salut dengan tanah liat pun masak


Masak Nasi Dalam Kelapa




Ramuan :
· 1 biji buah kelapa
· beras
· air kelapa

Langkah-langkah :
1. Sediakan sebiji buah kelapa dan sedikit beras
2. Kopekkan kulit buah kelapa sehingga bersih
3. Membuat satu lubang pada permukaan buah kelapa
4. Tuangkan air kelapa ke dalam mangkuk
5. Cucikan beras yang disediakan
6. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam mangkuk yang berisi air kelapa
7. Masukkan air kelapa bersama beras ke dalam buah kelapa melalui lubang kecil yang dibuat
tadi
8. Letakkan buah kelapa tersebut ke dalam api untuk dibakar
9. Bakarkan buah kelapa itu sehingga berwarna hitam 10. Masak lah nasi dalam buah kelapa

Masak Nasi Dalam Buluh



Ramuan :
· seruas buluh
· beras
· air
· daun pisang

Langkah-langkah :
1. Sediakan seruas buluh dan sedikit beras
2. Cucikan buluh dan daun pisang yang disediakan dengan bersih
3. Masukkan daun pisang ke dalam buluh mengikut bulatan buluh
4. Cucikan beras yang disediakan
5. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam buluh dan jangan terlalu penuh
6. Masukkan air yang cukup ke dalam buluh yang berisi beras
7. Bina satu alat penyokong dengan ranting kayu
8. Letakkan buluh tersebut pada alat penyokong itu untuk dibakar
9. Bakar dengan api yang sederhana besar dan dibalik-balikkan agar masaknya sama rata
10. Bakarkan buluh itu sehingga nasi dalam buluh itu masak


Roti Lilit


Ramuan:
· tepung gandum
· air
· gula
· buluh yang dibelah

Langkah-langkah :
1. Campurkan sedikit air dan gula ke dalam tepung
2. Ulikan tepung sehingga sebati
3. Tepung dibiarkan kering
4. Lilitkan tepung pada buluh yang telah
5. Pastikan tepung tersebut lilit dengan kemas
6. Panggangkan tepung yang siap dililit dengan bahang dan haba supaya roti tidak
hangusBakarkan roti lilit itu sehingga berwarna sedikit coklat

Sejarah Pengakap Malaysia


Sejarah Pengakap Malaysia
Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.
Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.
Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.
Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.
Secara Ringkasnya:
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

Logo Pengakap Malaysia

Sejarah Pengakap Dunia

Sejarah Pengakap Dunia


Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth.
Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.
Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).
Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.
Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.
Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.
Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.
Biodata BP
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Sunday, January 17, 2010

LIRIK LAGU PENGAKAP

LIRIK LAGU PENGAKAP

Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia
Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta
Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama
Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara
Berbudi, bersaudaraTaat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap,
Pengakap Malaysia
Tepi Gunung
tepi gunung air terjun
tempat orang bermain
tempat tinggal tukang kebun
dan anaknya mahani
sungguh cantik paras ani
hidung mancung seludang
betis bagai beting padi
tak jemu mata memandang
tidur malam mimpi-mimpi
ani datang ke rumah
tapi sayang ani
pergihati ani berubah
Senaman monyet
satu ekor monyet (2x)
gayut atas pokok (2x)
garu-garu pinggang
goyang-goyang pinggul
DI SINI BERKUMPUL
Di sini di sini, kita berkumpul
Di sini di sini, kita berkumpul
Salam, salam, salam, salam, salam, ooi
Here we are, here we are, here we are again
Here we are, here we are, here we are again
Hello, hello, hello, hello, hello, oo
iCai celi, cai celi, woh meh cai celi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi
Huan si, huan si, huan si, huan si, huan si, ooi
Porengeh, porengeh, engeh porengeh
Porengeh, porengeh, engeh porengeh
Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi
DI SINI SENANG DI SANA SENANG
Di sini senang di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Di sini senang di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Lai. lai, lai, lai, lai, lai
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Dipercayai taat berguna
Bersaudara berbudikasihkan binatang
Menurut perintah
Tabah hati, berjima
Suci fikiran
Suci perkataan
Suci perbuatan
Anak itik
Anak itik tok wi mandi dalam kolam
Sakit aper tok wi, sakit sendi tulang
Ubat aper tok wi, ubat limau lelah
Sakit aper tok wi, sakit sendi tulang