Friday, December 11, 2009

Undang - undang Pengakap

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan mempunyai kehormatan diri.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya.
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrol atau pemimpin-pemimpin pengakap tanpa apa-apa soalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan.
9. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Persetiaan Pengakap




Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang Pengakap

Wednesday, November 25, 2009